Current song: Loading ...
Stream title:
Server status:
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Monday, August 19, 2013

BUTA MATA KANAN TERKENA MERCUN


Gambar Di atas: Wajah asal mangsa letupan mercun, Aleya Alysya Abd. Rahim, 8, sewaktu bersama ibunya, Intan Alias. Gambar Kanan: Aleya Alysya sewaktu menerima rawatan di Wad Pediatrik Hospital Putrajaya, semalam.

SUBANG JAYA 18 Ogos - Kegembiraan sebuah keluarga menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada anak mereka berusia lapan tahun buta mata kanannya akibat terkena letupan mercun ketupat, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Aleya Alysya Abd. Rahim bersama beberapa sepupunya sedang bermain bunga api serta mercun di hadapan pintu rumah bapa saudaranya di Taman Tasik Prima, Puchong di sini pada pukul 11.30 malam, iaitu selepas majlis tersebut selesai.

Bagaimanapun, lilin yang digunakan untuk memasang bunga api dan mercun itu tiba-tiba terjatuh setelah terkena sejumlah mercun yang diletakkan di atas lantai seterusnya mengakibatkan letupan kuat.

Letupan itu terkena muka kesemua mangsa namun kecederaan Aleya Alysya paling teruk apabila terkena mata kanan sehingga terpaksa dibedah.

Dua lagi sepupunya iaitu Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 7, turut cedera termasuk seorang daripada mereka juga terpaksa menjalani pembedahan di paha.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati letupan kuat itu mengakibatkan sebahagian siling di bahagian tempat letak kenderaan di rumah mangsa retak dan jatuh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, setakat pukul 5 petang ini, belum ada laporan dibuat tetapi keluarga mangsa telah dikunjungi pihak polis untuk mendapatkan situasi sebenar kejadian.

"Berdasarkan keterangan bapa Nasha Nurkistina, anaknya itu bersama sepupu yang lain termasuk Aleya Alysya bermain mercun jenis ketupat di hadapan rumah dengan menggunakan lilin.

"Ketika sedang bermain, lilin itu terjatuh lalu terkena mercun yang diletakkan di lantai dan keadaan itu menyebabkan letupan kuat sehingga terkena tiga daripada mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ah Chua berkata, kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

Harap semua Pendengar dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan si anak kecil ini pulih seperti biasa insyallah

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin




Assalamualaikum.. Kami di Gemersik FM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Krew dan Admin Gemersikfm. Kerana sudi meluangkan masa bersama-sama di GFM, moga pendengar terhibur dengan pelbagai muzik dan kerenah dj-dj yang membuat kita tidak berhenti gelak dengan gelagat-gelagat dj di GemersikFM..

Jangan lupa ajak kawan kita bersama berhibur dengan rakan-rakan di GFM moga ukwah persahabatan antara dengan pendengar dan DJ...

Monday, May 13, 2013

Selamat Datang ke Gemersik FM

ASSALAMUALAIKUM..

BUKAN SEKADAR HIBURAN, TAPI MENJALIN KEAKRABAN PERSAHABATN ANTARA KITA.
BLOG GEMERSIK FM INI HANYA UNTUK BERHIBUR DAN SANTAI SANTAI SAMBIL MENDENGARKAN KAMI...D ISINI KITA TANAMKAN SIKAP SALING MENGHORMATI DAN KASIH SAYANG.... SEKIAN TERIMA KASIH....WASSALAM.

Ini adalah link Facebook GemersikFM:
https://www.facebook.com/groups/427290057299840/